Connect with us

Oh! Media

Eah Dolla Buat Apa Dekat Bazar Ramadan? Tengah Buat Misi Rahsia Ke Tu?

Branded

Eah Dolla Buat Apa Dekat Bazar Ramadan? Tengah Buat Misi Rahsia Ke Tu?

Dolla nampaknya meneruskan misi mereka dalam Bio-essence X Dolla Da-da-da Adventures. Dalam episod sebelum ni, Sabronzo telah melaksanakan cabaran di mana dia perlu membelikan hadiah untuk setiap ahli Dolla. Seronok tengok setiap ahli dapat hadiah.

Memandangkan nak raya, Sabronzo bagi kipas tangan yang matching untuk semua. Lagi special, setiap ahli dapat produk penjagaan wajah Bio-essence yang boleh bantu masalah kulit mereka.

Bio-essence merupakan pakar kulit Asia yang menyediakan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk masalah kulit orang ‘kita’.

Memandang Angel mempunyai kulit yang kering, Sabronzo belikan dia Bio-Water B5 Moisturizing Gel. Tabby yang ada kulit sensitif pula dapat, Bio-Water Vitamin B5 Gel + Cica 4. Manakala, Syasya yang suka benda yang refreshing dapat Bio-Water Energizing Water.

Untuk diri sendiri, Sabronzo hadiahkan Bio-Water UV Shield Sunstick SPF50+ PA++++, senang nak touch up sunscreen kat muka walaupun dah bermakeup.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DOLLA (@dolla.official)

Episod kali ni, giliran Tabby pula buat untuk cabaran. Korang ada undi tak, untuk tolong Dolla buat keputusan?

Hasil undian ahli Dolla dan juga peminat, cabaran Tabby ialah membawa gadis-gadis Dolla ke Bazar Ramadan. Bestnya!

Dekat Bazar Ramadan Pun Cantik. Makeup On Point Je!

Amboi bukan main happy tengok ahli Dolla pergi Bazar Ramadan. Paling penting, sunstick Bio-essence tak lupa pakai. Yelah sekarang ni kan cuaca panas, kenalah bagi perlindungan lebih pada wajah!

Masing-masing maintain cantik je waktu beli juadah walaupun tengah berpuasa dan bawah terik matahari. Jealousnya!

Tapi bila lama sangat bawah panas ni pun, muka mulalah rasa tak selesa dan kering. Nasib baik Tabby bawa ‘penyelamat’ Bio-Water Energizing Water, satu semburan terus membantu menenangkan dan jadikan wajah kekal terhidrat. Muka terus cool dan dapat bantu set semula makeup.

Ini ke rahsia solekan on-point Dolla?

Lawan Panas Matahari & Lidungi Kulit Dengan Bio-Water UV Shield Sunstick & Bio-Water Energizing Water

Kami yakin dua produk ini yang buatkan wajah Dolla nampak segar walaupun berpanasan di bawah matahari.

Ingat tak masa masa nak keluar Dolla menggunakan  Bio-Water UV Shield Sunstick? Sunstick ni mengandungi SPF 50+ PA++++ yang dapat melindungi kulit daripada kerosakan UVA & UVB sepanjang masa. 

Teknologi Hydro-Matte yang unik pula boleh mengimbangkan minyak dan kelembapan supaya kulit kekal matte tanpa rasa kering dan tegang. Jadi wajah kekal terhidrat walaupun berada di bawah matahari dan berpuasa di bulan Ramadan.

Bagi tenangkan kulit daripada rasa ‘panas’, Dolla menggunakan Bio-Water Energizing Water. Ia diperkaya dengan mineral dan kandungan garam yang rendah memberikan sensasi rasa dingin dengan setiap semburan. 

Kalau korang nak tau, Energizing Water ni bukan setakat pakai untuk segarkan muka. Malah boleh bantu untuk buat makeup korang nampak flawless. Caranya, letak foundation dekat beauty blender, kemudian spray energizing water pada beauty blender. Kemudian mula tap-tap foundation pada wajah.

Cun sangat guna bila time raya nanti, kalau penat layan tetamu, korang sembur je Bio-Water Energizing Water confirm wajah korang terus segar.

Untuk melengkapkan penjagaan wajah korang supaya kekal terhidrat pastikan korang gunakan Bio-Water Vitamin B5 Gel + Cica-4 yang diformulasi dengan 5% Vitamin B5, Cica-4 dan Niacinamide sebagai rutin harian penjagaan wajah.

Ia berkesan untuk melegakan 7 tanda kulit sensitif, termasuk kulit kering, rapuh, hipersensitif, ketegangan, kegatalan, kasar dan kemerah-merahan. 

Dengan fungsi anti-radang dan penenangan, serum ini membantu menguatkan  lapisan perlindungan kulit sebanyak 122% dan mengekalkan kelembapan sebanyak 138%. 

Bulan Ramadan ni kan panas dan kita pun kurang minum air, jadi pastikan kulit mendapat penghidratan yang secukupnya.

Sertakan sekali, Bio-Water B5 Moisturizing Gel pelembap yang mengandungi penghidrat yang diperoleh daripada sumber semulajadi – Vitamin B5 nya membantu mengekalkan kelembapan kulit dan memastikan kulit terhidrat secara baik. 

Molekul kecilnya membolehkan penyerapan pantas untuk penghidratan berpanjangan.

Gunakan Bio-Water B5 Moisturizing Gel sebelum korang guna sunblock atau sebagai langkah terakhir sebelum tidur. 

Cukup semua rutin penjagaan wajah ni, barulah kulit korang kekal anjal dan lembap walaupun berpuasa sepanjang hari di bulan Ramadan.

Hmmm.. Sabronzo dah beli hadiah sudah, Tabby pun dah pergi bazar. Giliran siapa lepas ni?

Bantu Syasya Pilih Nak Menari Lagu Raya Atau Buat Kuih Raya?

Mana yang tak sempat undi hari tu? Jangan lupa buat pengundian korang sekarang. Tolong Syasya dan ahli Dolla buat pilihan terbaik.

Update terkini mengenai produk Bio-essence, ikuti mereka di Facebook dan Instagram

Nak cantik dan kekal segar sepanjang Ramadan-Raya ni? Jom lakukan persiapan dari sekarang, dapatkan produk Bio-essence korang di Shopee, Lazada atau TikTok.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas