Connect with us

Oh! Media

Ketua Polis Perak Akhirnya Bersuara Mengenai Kes Adik Zaharif Affendi Dipercayai Sengaja Dilanggar Pegawai Kanan Polis

Oh! Tidak

Ketua Polis Perak Akhirnya Bersuara Mengenai Kes Adik Zaharif Affendi Dipercayai Sengaja Dilanggar Pegawai Kanan Polis

Sejak beberapa hari ini kecoh diperkatakan mengenai kejadian menimpa pelajar tingkatan 5, Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut selepas dilanggar pegawai kanan polis.

ADVERTISEMENT

Terkini! Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum kertas pendakwaan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan berikutnya dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri.

Menurut laporan Kosmo, pihak polis akan bertanggungjawab penuh dan tiada kompromi atau melindungi mana-mana pihak dalam kes berkenaan. Bukan tu jer, siasatan juga dilakukan secara terperinci bagi keadilan semua pihak.

Saya sebagai Ketua Polis negeri beri jaminan tidak berkompromi, kita akan pastikan kes ini mendapat kebenaran mengikut undang-undang. 

Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin untuk diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Rakaman CCTV dan juga video papan pemuka (dashcam) berhampiran di lokasi kejadian akan didapatkan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Perak itu juga meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan apa-apa kenyataan semasa siasatan masih berlanjutan agar tidak menggangu kerja pihak polis.

Untuk pengetahuan, pegawai kanan polis yang merupakan suspek telah direman selama tiga hari bermula Sabtu sehingga Isnin esok bagi memudahkan siasatan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas