Connect with us

Oh! Media

Datuk Seri Aliff Syukri Disaman RM70 Juta Atas Dakwaan Memfitnah

Oh! Tidak

Datuk Seri Aliff Syukri Disaman RM70 Juta Atas Dakwaan Memfitnah

Selepas kontroversi lagu raya tak sopan, usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri kembali menjadi tumpuan kerana isu disaman RM70 juta atas dakwaan memfitnah.

ADVERTISEMENT

BACA: Aliff Syukri Akhirnya Ambil Keputusan Padam Video Raya Terbaru

Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah failkan saman terhadap usahawan itu kerana telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di media sosial pada 2 Julai 2023.

Memetik laporan Berita Harian, Abdul Kadir juga meminta ganti rugi yang dinilai mahkamah serta aku janji bertulis tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadapnya.

Selain itu, bekas menteri itu juga meminta permohonan maaf tanpa syarat disiarkan di akaun media sosial Aliff Syukri selama tujuh hari.

Peguam bela Abdul Kadir berkata bekas menteri itu akan beri keterangan pada perbicaraan kes saman itu.

Kemungkinan pihak plaintif akan memanggil beberapa saksi daripada portal berita yang menerbitkan dakwaan defendan yang dimuat naik di Instagram dan Facebook.

Aliff Syukri dalam pernyataan pembelaan mendakwa telah membuat bayaran RM30 juta yang membabitkan bekas menteri itu dan dua syarikat lain bagi mematuhi perjanjian usaha sama.

Pihak-pihak dalam perjanjian usaha sama gagal membuat pembayaran wang dilaburkan saya dan segala pelanggaran janji sedemikian termasuk aku janji diberikan kepada saya adalah dalam pengetahuan plaintif sendiri.

Peguam yang mewakili usahawan itu juga berkata Aliff Syukri akan kemukakan dua saksi iaitu dia serta isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid untuk beri keterangan.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan pembicaraan kes saman pada 6 hingga 8 Januari 2026 untuk pengurusan selanjutnya.

Terdahulu, usahawan itu mendakwa Abdul Kadir telah berhutang jutaan ringgit dengannya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram dan Facebook.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas