Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Berjalan Kaki Ayam 13KM Untuk Terima Bantuan

Oh! Inspirasi

Warga Emas Berjalan Kaki Ayam 13KM Untuk Terima Bantuan

Demi terima bantuan kerajaan secara tunai, seorang lelaki berumur 78 tahun sanggup berjalan kaki sejauh 13 kilometer tanpa kasut yang mengejutkan ramai orang.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Saudara Tuduh Calarkan Kereta, Halau Keluar 3 Beradik Yatim

Lebih bertambah sebak apabila mengetahui warga emas itu berjalan menggunakan tongkat dan tanpa kasut ke lokasi penerimaan bantuan.

Rumah lelaki itu terletak di Ciharbeuti dan untuk jarak ke Pejabat Pos Cikoneng adalah 13 kilometer.

Memetik laporan Tribun Trends, warga emas berkenaan tidak ada cara lain untuk ke pejabat pos itu selain daripada berjalan kaki.

Perjuangannya tidak terhenti disitu kerana sebaik tiba di lokasi penerimaan bantuan, dia terpaksa beratur seperti orang lain.

Ketua pemuda Cihaurbeuti, Andi Ma’rup Hidayat menyatakan warga emas itu juga mengadu tentang perjalanannya yang jauh.

Katanya Cikoneng terlalu jauh lebih-lebih lagi keadaan kesihatannya tidak begitu baik.

Kejadian yang beraku di Indonesia ini mengundang sebak orang ramai kerana lelaki berkenaan terpaksa berjalan jauh demi menerima bantuan.

Kredit: Tribun Trends

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas