Connect with us

Oh! Media

Wanita Bangga Kerja Kerajaan Dapat Rehat 3 Jam, Dedah Sebab Ada ‘Orang Dalam’

Wanita

Oh! Tidak

Wanita Bangga Kerja Kerajaan Dapat Rehat 3 Jam, Dedah Sebab Ada ‘Orang Dalam’

Kecoh di media sosial mengenai satu video yang tular memaparkan seorang wanita bangga menceritakan pengalaman waktu rehat sambil mendakwa dia kerja kerajaan kerana ada orang dalam.

ADVERTISEMENT

Menerusi hantaran tular di aplikasi X, seorang wanita memuat naik video yag menunjukkan dia sedang meluangkan waktu rehat selama tiga jam bersama rakan-rakan di salah sebuah pusat karaoke.

Bukan itu sahaja, dalam video berkenaan, wanita tersebut turut memberitahu bagaimana dia meluangkan waktu rehat yang panjang.

POV kamu pergi karaoke pada setiap hari Jumaat sebab kebiasaannya waktu rehat selama tiga jam.

Wanita

Namun, perkongsian wanita itu telah menarik perhatian netizen sehingga ada yang meninggalkan pelbagai soalan.

Malah, dengan bangganya wanita itu mengaku dia merupakan pekerja sektor awam dan setiap kali rehat, mereka akan menghabiskan masa di pusat beli-belah yang cuma terletak di sebelah pejabat sahaja.

Apa yang mengejutkan, dia juga mengaku mempunyai ‘orang dalam’ dalam sektor tersebut iaitu ibunya sendiri bekerja di situ.

Kerja kontrak sahaja. Jabatan Perangkaan. Jika orang familiar dengan MyStep, semua tahu senang nak mohon sebab kerja biasa-biasa sahaja,”jawabnya ketika disoal oleh seorang pengguna lagi.

Wanita

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan kurang cerdik wanita tersebut kerana mendedahkan sendiri ‘aib’ di media sosial iaitu kerja kerajaan dengan menggunakan ‘orang dalam’.

Wanita

Wanita

Wanita

BACA: Wanita Dirogol Dan Disamun Dua Lelaki Atas Jejantas KTM Serdang

Terdahulu, terdapat satu kejadian dimana seorang wanita dirogol dan disamun dua lelaki warga Pakistan ketika melalui jejantas Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang.

Kredit: Platfrom X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas