Connect with us

Oh! Media

Raf Yakoob Tak Tolak Sekiranya Kembali Ada Jodoh Bersama Bekas Isteri, Mawar Rashid

raf yakoob

Oh! Artis

Raf Yakoob Tak Tolak Sekiranya Kembali Ada Jodoh Bersama Bekas Isteri, Mawar Rashid

Pada 23 November tahun lalu, Raf Yakoob dan Mawar Rashid memutuskan untuk berpisah selepas tiada lagi persefahaman. Hasil perkahwinan sejak tahun 2017 itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

ADVERTISEMENT

BACA: Mawar Rashid Dan Raf Yaakob Tiada Sefahaman, Pilih Untuk Berpisah

raf yakoob

Bagaimanapun, Raf dalam satu temubual mengatakan dirinya tidak menolak jodoh sekiranya disatukan semula dengan Mawar.

Kalau Allah kaya saya akan dijodohkan semula dengan dia, maka dia lah orangnya. Namun, jika Allah kata bukan, maka bukan lah dia.

Raf tolak dakwaan mereka berpisah kerana ada orang ketiga..

Dalam pada itu Raf juga memaklumkan hubunganya dengan Mawar masih baik meskipun sudah berpisah. Dia juga menafikan dakwaan penceraian yang berlaku disebabkan hadir orang ketiga, begitu juga dengan Mawar.

Allah sudah kata jodoh kami setakat ini saja, jadi saya reda dan terima ujian dengan hati yang terbuka. Selepas bercerai, tiada sebarang pergaduhan membabitkan anak-anak. Kami sangat fleksibel soal anak-anak.

Baguslah macam tu, jaga hubungan yang baik demi anak-anak. Apapun, Ohmedia doakan semoga Raf dan Mawar dimudahkan segala urusan olehNya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas