Connect with us

Oh! Media

Penat Dituduh Telah Bercerai, Faye Kusairi Muat Naik Foto Dengan Suami

Oh! Artis

Penat Dituduh Telah Bercerai, Faye Kusairi Muat Naik Foto Dengan Suami

Disebabkan terlalu letih dengan spekulasi telah bercerai, pelakon, Faye Kusairi terpaksa memuat naik foto bersama suaminya, Azmi Hatta untuk menunjukkan mereka masih bersama.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bukan Sebab Compete, Jeles” – Madu Marissa Dania Muat Naik Foto Raya Dengan Suami Untuk Elak Fitnah

Memetik laporan mStar, spekulasi ini muncul disebabkan pelakon berkenaan jarang memuat naik foto bersama suaminya.

Berikutan isu ini, Faye tampil dengan satu hantaran Instagram yang menjelaskan hubungan bersama suami baik-baik sahaja dan spekulasi hanyalah fitnah semata-mata.

Relaks guys, aku ini memang sejenis kurang minat nak kongsi apa-apa sejak berusia ni.

Terpaksalah muat naik gambar bersama suami, ramai risau sangat fasal rumah tangga aku ini sampai sanggup memfitnah.

Pelakon tersebut juga nasihatkan netizen supaya tak jaga hal peribadi orang lain dan fokus terhadap kehidupan mereka sendiri.

Jagalah tepi kain sendiri, bertutur dan berpendapatlah tentang perkara positif dan bermanfaat.

Anda sepatutnya fokus untuk menjadikan kehidupan anda lebih baik daripada membandingkan dengan hidup orang lain.

Tambahnya, dia tidak rasa seronok main media sosial kerana netizen terlalu toksik dan menjaja cerita yang tak betul.

Aku shooting ke tak shooting pun kena fitnah. Jujur cakap, sikap aneh seperti inilah asbab aku makin malas nak muat naik atau layan media sosial sebenarnya. Penat, macam tak fun pun ada.

Terdahulu, pelakon ini mendirikan rumah tangga bersama suami pada 2017 dan mempunyai tiga cahaya mata.

Semoga perkahwinan Faye Kusairi dan suami berkekalan sampai bila-bila.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas